LOVE YOU MR.ARROGANT
Sunday, 22 September 2013, ϟ 0 shout(s)
"Ini harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji.Sekarang jangan banyak cakap, Kahwin dengan aku. Titik."-
ZAFRIEL IRHAM
Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuaatkan hidupnya kacau-bilau melayan kerenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.
Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan. Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.
"Aduh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh... tapi..."-
ZAARA AMIRAH
Adakah kebahagian akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...
Created by Aliesha Kirana
Karya Seni
Sem.Malaysia RM18.00
Sabah/Sarawak RM21.00
Assalammualaikum readers...
Okey... setahu Ariana novel LOVE YOU MR.ARROGANT ni akan ditanyangkan di tv3 di slot akasia pukul 7.00 malam.tapi Ariana tak tahu pulak bila start, mungkin selepas Cinta Jannah habis mungkin. And yeah..this novel one of my favourite novel lah..sebabnya sweet :)
new past