KURELA CINTA INI BERTAMU
Sunday, 22 September 2013, ϟ 0 shout(s)
Kurela Cinta ini Bertamu... hidup ni banyak sangat rahsianya sehingga kadang-kadang kita tak jangka orang yang selalu kita jumpa, terlanggar bahu dengan kita itulah jodoh kita. Eh, eh macam-macam ada, kan? Qistina Balqish gadis biasa, hidup sederhana, susah untuk jatuh cinta. Namun, sekali dia bercinta...selamanya tetap cintanya. Berbeza dengan Daniel Muaz, cintanya murah, sehingga kepada semua yang ditemuinya ingin diberi segalanya rasa yang ada, Modalnya mudah. Wang, kedudukan dan raut wajah.
Pertemuan tanpa diduga telah mewujudkan sebuah ikatan yang rumit, masing-masing masih belum bersedia dengan rasa dan beban yang perlu digalas, namun terlanjur perbuatan, selamanya terikat dengan sebuah ikatan melainkan lafaz cerai yang diberikan. Namun, nikah cerai bukan mainan, banyak maruah yang perlu dijaga. Masing-masing serba salah, rumit dan argh pening kepala!!!
QISTINA BALQISH : Arghh... tanya pada hati, hati kata tak tahu. Namun, kau tak kulihat sehari, jiwa sudah berlagu rindu, bagaimana? Apakah yang perlu kubuat demi mempertahankan mahligai ni? Sedangkan ada benih yang kian bercambah di dalam rahimku.
DANIEL MUAZ : Huh, kenapala sikap kau selalu menduga sabarku? Kau ingat aku ni kejam sangat ke sampai gelaran itu kau berikan? Kau tak cantik, kau bukan wanita idamanku.. tapi aku dah mula angaukan kau Qish!
HAIZAM : Kenapa baru sekarang kusedar yang kau sebenarnya kucintai? Bolehkah kita bersama? Aku sanggup menunggu seberapa lama pun demi cinta ini.
YASMIN : Aku perempuan... aku faham renungan matanya, aku tahu erti pandangan itu. Kenapa kau tak mahu percaya sayangKU ???
Mampukaah mereka mencapai bahagia sendiri? Entahlah, biar masa menentukan tapi bukankah bahagia itu perlu dicipta, bukannya datang bergolek sebegitu saja.
Created by Nuril Bahanudin
Kaki Novel
Sem.Malaysia RM24.00
Sabah/Sarawak RM27.00
Assalammualaikum readers..
Okey this is my first novel... novel ni...best. ada part yang sweet,kadang-kadang geram dengan sikap pewatak and... yeah... sedih..
tiga kali dah Ariana baca novel ni, but still nangis di part yang sedih...i don't know why...sangat menyentuh jiwa...
new past