CINTA KONTRAK
Saturday, 28 September 2013, ϟ 0 shout(s)
"Oi cicak kobeng! Ayat aku tu! Yang kau sibuk-sibuk ciplak buat harta sendiri pulak apehal? Ayat aku tu milik aku secara rasmi tau tak!" Aku semburkan ayat-ayatku di hadapan wajahnya.
Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.
Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah papanya, Dato' Eddy di sebuah syarikat besar.
Takdir menemukan Airysha yang brutal dengan Danial yang ego di butik Mami Danial, Datin Aleeya! Dania cuba mendapatkan Airysha tanpa merendahkan egonya.
Danial membawa Airysha untuk brtemu orang tuanya untuk dikahwinkan. Tetapi perkahwinan ini bersyarat! Kontrak yang direka Danial dipandang rendah oleh Airysha.
Di saat akad nikah hamipr tiba, Airysha menyusun strategi untuk lari! Airysha mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut. Lantas sekeping kertas yang tentera kontraknya, dibuang. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan masih diteruskan? Bagaimana kehidupan Airysha selepas ini? Bahagiakah dia? Bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha? Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang akan terjadi?
"Kontrak! Kontrak! Kontrak! Itu aje yang kau tau nak sebut? Yelah! Yelah! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tidur atas sofa? Kau ni manusia takde hati, takde perut!" selorahku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial mendengus perlahan.
Created by Nurul Ain Syuhada
Karya Seni
Sem.Malaysia RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00
new past